“Wasiat pun kira tunang jugak. Kau nak hasut aku pun tunggulah lepas tarikh birthdayaku. Kau kan tau pertunangan kami putus kalau dia tak muncul bila genap usia aku 26 tahun.” Raisya menoleh ke belakang. Kenapa tiba-tiba dia rasa tidak sedap hati.
“Jangan cakap terima cinta dia... Terima lamaran dia pun boleh. Nanti aku cakap kat dia will you marry me Encik Labu,” ucap Raisya lalu disusuli ketawa. Rasa kelakar pula kalau dia yang lamar Ilham.
“Saya terima lamaran Mochi dengan hati terbuka. Kecik tapak tangan seluruh pelusuk hati saya berikan.”
Raisya berpusing. Mahu terputus nyawanya melihat Ilham berdiri di belakangnya. Patutlah dia rasa tak sedap hati.
“So bila kita nak nikah. Saya tak sabar nak jabat tangan tok kadi ni.”
Raisya tergamam. Bibirnya terkunci untuk menjawab. Tidak menyangka lelaki itu akan mengekori mereka. Terus dia buka langkah untuk lari. Dia tinggalkan Nadia seorang diri.
“Apa yang awak cakap tadi jangan tarik balik. Saya dah terima lamaran awak Mochi.” Ilham memberi amaran. Langkah kakinya laju mengikut langkah Raisya.
Raisya berhenti. Dia mencekak pinggang sambil memandang Ilham tajam “Encik Labu lenyek ni memang tak faham bahasa melayu agaknya.”
Ilham tergelak mendengar perkataan labu lenyek. Marah pun comel
“Cuba encik fahamkan baik-baik. Saya cakap akan cakap will you marry me kalau tunang saya tak muncul. Kalau... Kalau... Kalau... Saya tak reti nak cakap bahasa zulu. Kalau saya reti dah lama saya cakap biar encik faham.” Tiga kali dia ulang perkataan ‘kalau’. Harap-harap Ilham akan faham maksudnya.
“Kalau macam tu saya doakan tunang awak tak muncul. Tepat dua belas tengah malam saya akan muncul depan awak. Da saya nak awak tanya sekali lagi soalan tu untuk saya jawab. Saya akan bawak cincin sekali untuk sarungkan kat jari manis awak.” Ilham tayang senyum lebar.