Read Anywhere and on Any Device!

Subscribe to Read | $0.00

Join today and start reading your favorite books for Free!

Read Anywhere and on Any Device!

  • Download on iOS
  • Download on Android
  • Download on iOS

Cinta Musim Corona

Cinta Musim Corona

Aein Dhiyauddin
0/5 ( ratings)
“ASSALAMUALAIKUM encik bos. Saya sedang work from home. Lambat lagi nak gaji, kenapa encik bos call saya?” Nadia maniskan mulut menjawab. Dapat dengar suara majikannya pun dah rasa gembira.
Kerjanya adalah kerani akaun di sebuah kilang memproses rempah. Hanya bekerja dari rumah. Tidak perlu ke kilang. Menunggu encik bos scan invois dan hantar kepada dia untuk akaun harian. Gaji minggu depan, barulah dia perlu ke kilang untuk menyerahkan slip gaji.
“Nadia... saya kena jangkit Covid. Awak ada kunci kilang kan? Tolong bagi kunci tu dekat Malik. Saya calldari hospital ni.”
“Bos kena Covid! Macam mana bos kena? Kluster apa?” Selama ini dia asyik dengar orang dijangkiti Covid. Sekarang majikannya sendiri kena.
“Jangan banyak tanya. Pergi kilang sekarang.”
Nadia garu kepala. Bagaimana dia hendak ke kilang di musim-musim lockdown? “Surat bos?”
“Saya kat hospital ni. Surat apa bendanya. Kamu karang sendiri. Taip sendiri. Sain sendiri. Pergi sekarang. Malik dah tunggu.” Talian dimatikan.
Mulut Nadia terkumat-kamit sambil pandang skrin telefon yang sudah gelap. Selamba sahaja suruh tulis surat sendiri. Boleh sahaja dia tulis tapi mana ada printer hendak print. Tiba-tiba pesanan WhatsApp masuk. Dia buka kekunci dan baca.
‘Dah gerak ke belum?’ – Tuan Zharif
“Arrghh!” Geram dengan majikannya. Sudahlah keluar dari rumah sahaja ada sekatan jalan raya. Gila apa hendak suka-suka rempuh tanpa surat. Tidak risaukan denda. Tapi tebal mukanya nanti kalau penduduk di perumahan mereka tahu.
“Kenapa?” Puan Zaleha menghampiri anak daranya.
“Tuan Zharif kena Covid.”
“Allah... dia tak apa-apa ke?”
“Dengar suara macam okey saja. Tak ada rupa orang sakit.” Nadia berfikir sendiri. Memang suara majikannya tadi seperti biasa sahaja. Tidak seperti orang yang sedang kesakitan. Tapi kata hebahan di dalam Internet ada juga orang yang kena Covid tapi tiada simptom dan tak sakit. Mungkin majikannya tergolong dalam spesies yang itu.
“Dia call sebab apa? Buat wasiat ke?” tanya Puan Zaleha.
“Taklah. Dia suruh bagi kunci kilang dekat supervisor.” Itulah kedekut sangat hendak buat kunci lebih. Kan dan menyusahkan orang. Dia memang ada kunci kerana ada kalanya balik kerja lambat. Tuan Zharif memang setiap hari akan buka kilang. “Baby kena pergi kilang kejap.”
“Ada surat ke?”
“Tak ada.”
“Habis tu kalau kena saman?”
“Bos bayar.” Usai menjawab, Nadia cepat-cepat masuk ke biliknya untuk menukar pakaian. Tidak sampai lima minit baju t bertukar kepada baju lengan panjang. Tudung bawal dililitkan ala kadar sahaja. Kunci kilang dimasukkan ke dalam beg tangan. Janganlah tertinggal. Memang cari nahas kalau tertinggal. Tergesa-gesa dia melangkah ke pintu masuk.
“Babypergi dulu mak.” Selipar disarungkan ke kaki sambil dia menekan alarm kereta. Dia masuk ke dalam kereta untuk menghidupkan enjin terlebih dahulu sebelum membuka pagar.
“Ha. Yalah... hati-hati.” Laung Puan Zaleha dari rumah. Terlintas di hatinya menjenguk sang anak. Elok sahaja dia berdiri di jenang pintu, kereta yang dipandu Nadia meluncur keluar. Pintu pagar dibiarkan tidak bertutup.
“Budak bertuah ni.” Puan Zaleha keluar untuk menutup pintu pagar. Walaupun di musim PKP, risau juga kalau-kalau pencuri dan perompak tidak duduk diam-diam dekat rumah.
NADIA TARIK nafas panjang-panjang. Sekatan polis di hadapan. Lagi dua kereta akan sampai gilirannya. Pelbagai ayat dia sudah susun di kepalanya untuk menjawab. Soalan ramalan juga sudah dikeluarkan berdasarkan pembacaan di media sosial. Satu lagi kereta. Mahu terlompat keluar jantungnya kerana terlalu berdebar. Tingkap kereta diturunkan.
“Mask.” Polis berbisik sambil menunjukkan isyarat topeng muka.
Nadia buru-buru ambil mask dan pakai. Menyesal pula kerana tidak pakai dari rumah. Kan dah susah hendak pakai. Telinganya di dalam tudung.
“Ke tepi sana.”
Sebagai warga berhemah, Nadia memandu ke bahu jalan. Sudahlah dia gabra sesangat. Sekarang disuruh ke tepi pula. Memang gabra kuasa tiga. Polis ni macam tau-tau dia tak ada surat.
Susah betul hendak selit tali mask ke telinga. Geram sangat, dia terus cabut pin tudungnya. Usai itu dia rapikan tudungnya. Tidak dia pedulikan polis yang sedang memerhatikan dia.
“Cik ada surat?”
“Tuan polis, saya tak ada surat. Saya keluar ni pun sebab kecemasan. Bos saya tak boleh masuk kilang sebab kena Covid. Kilang saya ni tak boleh tutup sebab kilang makanan. Bukanlah kilang beras ke apa. Memang cuma kilang rempah. Tapi cuba tuan polis bayangkan kalau rempah habis di pasaran. Dah stres sebab kena kurung. Nanti stres pulak tak dapat makan kari ayam dengan kari ikan. Tuan polis cuba bayangkan tu... Bos saya pun satu. Dia tak buat kunci untuk supervisordia. Pekerja tak boleh masuk kilang.” Turun naik nafas Nadia. Bercakap tanpa henti semata-mata tidak mahu polis tadi soal.
“Sekarang tuan polis bagi saja surat saman. Surat mahkamah ke apa. Saya nak cepat ni.” Sakit pula hati Nadia melihat polis itu hanya berdiam sahaja. Tak ada tanda-tanda hendak tulis surat saman ke apa.
“Tuan polis, mana surat samannya?” Tanya Nadia lagi.
“Surat saman?”
“Ya tuan polis. Saya tak ada surat dari majikan mengatakan saya kena kerja. Sebab tu saya mintak surat saman. Karang saya mintak surat nikah kita, lagi berpeluh tuan polis. Tak pasal-pasal kena kahwin dengan saya. Tuan nak kahwin dengan saya?” Nadia tahu tahap sewelnya boleh buat polis itu telefon hospital sakit jiwa. Tapi jiwanya semakin sakit dengan kebisuan tuan polis itu. Saman ajelah cepat.
“Kilang kamu kat mana?” barulah polis tadi bersuara.
“Tu ha...” Nadia tunjuk sebelah kanannya dengan jari. Dia hanya perlu membuat pusingan u kira-kira satu kilometer dari situ. Kilangnya terletak di seberang sana sahaja.
“Dah... jalan.”
“Terima kasih tuan polis yang baik hati dan kacak.” Nadia tersenyum di sebalik topengnya.
“Besok jangan lupa surat.”
“Okey boleh. Tapi saya boleh sain untuk diri saya sendiri kan? Sebab saya orang kedua lepas bos saya... bos saya...”
“Dah! Jalan cepat.” Polis tadi menepuk kereta perlahan.
“Okey, tuan polis. Babai. I love you...” Nadia menekan butang untuk naikkan tingkap. Tersengih-sengih dia di sebalik topeng muka. Harap-harap esok mereka tidak berjumpa lagi.
“Alamak. Lupa pulak nak intai nama dia tadi. Dahlah aku cakap I love you tadi. Muka pun tak cam sebab pakai mask. Nama pun tak ingat. Macam mana kalau kami jumpa lain kali?” Gabra punya pasal dia terlupa untuk mengintai nama polis tadi. Kalau jumpa lain kali memang dia tidak akan kenal.
Language
Malay
Pages
259
ISBN 13
9789671780947

Rate this book!

Write a review?

loader