Read Anywhere and on Any Device!

Subscribe to Read | $0.00

Join today and start reading your favorite books for Free!

Read Anywhere and on Any Device!

  • Download on iOS
  • Download on Android
  • Download on iOS

Reminisensi Cinta

Reminisensi Cinta

Arsya Aisya
3.5/5 ( ratings)
1) LUHUR KASIH ADDEEN / FATHI FATIM

Perkenalan antara Nicholas Addeen dan Dami memberi makna baru buat dia dan Ena, gadis yang dicintainya dalam diam. Betapa Nicholas Addeen sesal kerana dalam dia selesa dengan kehidupannya, rupanya ramai lagi manusia yang sedang berhadapan dengan kesukaran dan keperitan. Namun, tiada yang menduga kerana tiba-tiba sahaja Nicholas Addeen dan Ena perlu berhadapan dengan satu situasi yang langsung tak terjangkau dek fikiran mereka selama ini. Dami. Ena. Addeen. Luhur Kasih Addeen ini bukanlah kisah antara mereka sahaja tapi ianya adalah kisah kita semua.

2) MENGAPA HARUS CINTA / ARYSA AISYA

Kisah Mus Amir dan Sofea pada mulanya normal sahaja sehinggalah waktu Mus Amir mendapat tahu tentang rahsia terbesar dalam hidup Sofea. Segala-galanya bermula saat ibu Sofea terlibat dalam satu kemalangan dan kehidupan Sofea berubah 360 darjah. Mus Amir sedaya upaya untuk menerima kenyataan namun ujian membadai lagi dan kali ini lebih hebat sehingga lelaki itu hampir berputus asa. Cintanya kepada Sofea sangat besar, namun dugaan yang datang juga bukan sekecil batu kerikil. Mampukah Mus Amir dan Sofea hidup bahagia hingga ke akhirnya? Mengapa Harus Cinta pasti ada jawapannya.

3) HANYA MIMPI / JAJA AHMAD

Benjamin dan Camelia berhadapan dengan masalah paling terbesar di antara pasangan suami dan isteri. Komunikasi! Setelah melalui dan mengharungi pelbagai situasi dan dugaan dalam perkahwinan, Benjamin dan Camelia mula menikmati sinar baharu dalam kehidupan mereka berdua. Namun nikmat itu juga yang memberi duka buat mereka. Takdir Allah itu pasti walau sebanyak mana pun cinta yang mereka ada. Realiti yang paling payah untuk diterima oleh sesiapa pun, namun itulah yang Benjamin dan Camelia harus terima dengan reda. Hanya Mimpi bukanlah kisah cinta biasa-biasa. Bukan juga kisah yang luar biasa. Ianya adalah kisah yang perlu kita baca.

4) SENANDIKA LANGIT JINGGA / IDORA DARWINA

Kehadiran Taufiq dalam hidup Huda membuka mata wanita itu tentang realiti kehidupan yang selama ini terhijab dari pandangan matanya. Sama ada mahu menerima dan mengakuinya, atau terus memejamkan mata, itu semua pilihan kita. Tepuk dada, tanya hati. Senandika Langit Jingga adalah kisah masyarakat dalam kehidupan seharian. Ianya berlaku kepada sesiapa sahaja dan di mana jua. Kehidupan ini, bukan tentang cinta semata-mata. Ianya adalah tanggungjawab dan amanah.
Language
Malay
Pages
201
Format
ebook

Rate this book!

Write a review?

loader